Kunjungan Hormat Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia
- ukk
15 Mei 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah menerima kunjungan hormat daripada Mr. Simon Fellows, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia di Menara KBS.
Program Pertukaran Belia Malaysia dan Australia telah menjadi fokus utama perbincangan.
Antara perkara lain yang telah dibincangkan ialah program-program yang menjadi fokus Kementerian serta peluang berkolaborasi dengan pihak Pesuruhjaya Tinggi & Kerajaan Australia dalam bidang belia dan sukan.
Kunjungan hormat ini secara langsung telah meningkatkan hubungan baik Malaysia dan Australia.
Turut hadir bersama ialah Puan Ramona binti Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) serta beberapa pegawai kanan KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #DemiMalaysia
