Berita KBS

Kunjungan Hormat daripada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA)

Kunjungan Hormat daripada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA)

1`4 Mei 2024, Putrajaya - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diwakili oleh YBrs. Puan Ramona binti Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Encik Tan Kee Hian.

Fokus utama perbincangan adalah berkaitan perancangan pembangunan sukan bola keranjang bagi tahun 2024.
 
Perkara lain yang turut dibincangkan adalah prosedur permohonan dana dan bantuan yang ditawarkan oleh KBS bagi penyertaan dan penganjuran kejohanan sukan.
 
Kunjungan hormat ini secara langsung telah meningkatkan kerjasama yang sedia terjalin antara KBS dan MABA khususnya.
 
Turut hadir bersama ialah wakil Jabatan/Agensi KBS dan Ahli Jawatankuasa MABA.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 08:47:57
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.