Kunjungan Hormat ke atas Ms. Karima El Korri, United Nation (UN) Resident Coordinator di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam
- ukk
16 Mei 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ms. Karima El Korri, United Nation (UN) Resident Coordinator di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan kerjasama yang bakal dilaksanakan antara KBS dan UN. Melalui perbincangan tersebut, KBS mendapat taklimat khusus mengenai perancangan UN untuk melaksanakan Summit of the Future yang akan diadakan pada September 2024. Fokus utama KBS dalam Summit of the Future adalah terlibat secara aktif khususnya melalui Chapter 4 : Youth and Future Generations. KBS juga akan menyediakan perancangan bagi memastikan pengisian persidangan berkenaan berjalan lancar dengan penglibatan KBS khususnya belia Malaysia.
Kunjungan hormat ini secara langsung telah meningkatkan hubungan baik KBS dan UN. Turut hadir bersama ialah Puan Ramona binti Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Dr. Norhasmat bin Abd Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Dr. Hj. Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, Pengarah, Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.
