Berita KBS

Lawatan Kerja  YBhg Ts. Dr. KSU ke India

Lawatan Kerja YBhg Ts. Dr. KSU ke India

20 Mei 2024, India - YBhg Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama rakan-rakan sejawatnya dari Kementerian Hal Ehwal Belia dan Sukan India pada 20 Mei 2024. 

Semasa pertemuan ini, beliau telah berjumpa dan mengadakan perbincangan bersama YBhg. Puan Meeta Rajivlochan, Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Belia India dan YBhg. Puan Sujata Chaturvedi, Setiausaha Jabatan Sukan India. 

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan kerjasama dua negara dalam pembangunan belia khususnya pada bidang Sukarelawan, TVET dan Program Pertukaran Belia. Manakala berkaitan pada kerjasama pembangunan sukan pula, antara bidang yang dikenal pasti ialah berkaitan Integriti Sukan termasuk doping, Latihan dan Sains serta Industri Sukan. 

Pihak India juga berminat bekerja sama dalam program-program berkaitan pembangunan belia dan sukan semasa Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025. 
Pertemuan dan perbincangan ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Amizal Fadzli Rajali, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India. 

Pertemuan ini telah diadakan semasa perjalanan transit YBhg. Ts Dr. Nagulendran Kangayatkarasu ke Tashkent untuk menghadiri  19th Asia/Oceania Intergovernmental Ministerial Meeting on Anti-Doping in Sports.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #DemiMalaysia

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 01-05-2026, 22:11:31
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.