Sesi Ramah Mesra Bekas Atlet - Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024
- ukk
25 Mei 2024, Johor Bahru, Johor - KBS bersama Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menganjurkan sesi ramah mesra bersama bekas atlet negara di reruai KBS sempena Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2024.
Antara bekas atlet negara yang hadir ke sesi tersebut adalah YBhg. Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed atlet Olahraga yang juga merupakan Presiden YAKEB, YBhg. Dato' Abdul Malek Noor atlet Bina Badan, YBhg. Datuk Zaiton Othman atlet Olahraga, YBhg. Datuk Santokh Singh pemain Bola Sepak, Emcik Lee Nyuk Fah pemain Rugbi dan Encik Nordin Mohamed Jadi atlet Olahraga.
Pengunjung berpeluang berjumpa dan mengenali bekas atlet negara disamping beramah mesra sepanjang sesi tersebut.
Pada sesi yang sama reruai KBS juga turut dikunjungi oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya dan YB Dato' Haji Mohd. Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru yang bersama-sama menyerikan sesi tersebut.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
