Majlis Perasmian Pembukaan Temasya Sukan Tahunan Piala Gurdwara & Pesta Sukan Sikh ke-72
- ukk
29 Mei 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Majlis Perasmian Pembukaan Temasya Sukan Tahunan Piala Gurdwara & Pesta Sukan Sikh ke-72 di Kuala Lumpur.
Temasya sukan ini disertai seramai 1,000 orang peserta bagi tujuh acara dipertandingkan iaitu hoki, bola sepak, badminton, bola jaring, golf, dart dan snuker.
KBS menerusi Geran Padanan Sukan (GPS) turut memperuntukkan sebanyak RM38,000 bagi penganjuran temasya sukan edisi ke-72 itu.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
