Majlis Resepsi Sambutan Ulang Tahun ke - 78 Itali
- ukk
30 Mei 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menghadiri Majlis Resepsi Sambutan Ulang Tahun ke - 78 Itali di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
YB Menteri telah diiringi oleh TYT Massimo Rustico, Duta Besar Itali ke Malaysia bagi upacara ucap selamat dan seterusnya merasmikan sambutan berkenaan.
Kehadiran YB Menteri ke sambutan ini secara tidak langsung telah meningkatkan hubungan baik Malaysia dan ltali.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz serta beberapa dif-dif kehormat daripada kedutaan serta kementerian lain.
