Berita KBS

Majlis Pelancaran Akaun Satelit Sukan

Majlis Pelancaran Akaun Satelit Sukan

31 Mei 2024, Putrajaya - Y Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Pelancaran Akaun Satelit Sukan bertempat di Dewan Podium, Menara KBS, Putrajaya.

Akaun Satelit Sukan merupakan sebuah inisiatif KBS menerusi Sekretariat Industri Sukan JBSN dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk menyediakan sistem perakaunan terperinci mengenai industri sukan.
 
Akaun juga ini menggunakan 73 Kod Industri Standard Malaysia (MSIC) bagi memberikan gambaran ekonomi yang lebih terperinci dan menyeluruh di luar penunjuk makroekonomi.
 
Selain itu, Akaun Satelit Sukan adalah bertujuan untuk:
1️⃣ : Menyediakan statistik dan set data melibatkan industri sukan yang komprehensif, menyeluruh dan holistik
2️⃣ : Menjejaki sumbangan dan pulangan yang diberikan industri sukan terutamanya kepada ekonomi negara
3️⃣ : Menjadi rujukan yang relevan buat pembuat dasar terutamanya melibatkan kepentingan industri sukan
4️⃣ : Membekalkan maklumat dan data yang sahih berkaitan industri sukan Malaysia terutamanya kepada pemegang taruh berkaitan
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
 
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.