Berita KBS

Lawatan Kerja YBhg. Ts. Dr, KSU ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Barat Daya, Pulau Pinang

Lawatan Kerja YBhg. Ts. Dr, KSU ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Barat Daya, Pulau Pinang

31 Mei 2024, Pulau Pinang - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Barat Daya, Pulau Pinang.

Beliau disambut oleh Encik Muhammad Daniel Bin Haris, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.
 
YBhg. Ts. Dr. KSU telah diberi taklimat tentang keadaan pejabat, hubungan antara PBSD dengan pemegang taruh serta persediaan untuk program-program JBSN yang sedang dan bakal dilaksanakan.
 
YBhg. Ts. Dr. KSU telah berpesan supaya sentiasa memberikan komitmen kepada kualiti kerja dengan tatakelola yang baik selari dengan pendekatan Malaysia Madani.
 
Turut hadir adalah Encik Saiful Adli bin Sudin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan; Encik Muhamad Fairuz bin Mohd Merzukhi, Encik Mohd Syazwan bin Anuar, Pembantu Belia dan Sukan; serta Puan Sitina Mafaza Dalellah binti Mat Tahir, Pembantu Tadbir.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.