Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023
- ukk
Sekalung Penghargaan dan Tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di atas pencapaian Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan Tahun 2023 dengan mecapai keputusan Cemerlang 5 Bintang sempena Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 yang diadakan di Dewan Damar Sari 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
Anugerah telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, KPPA kepada YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Penghargaan juga turut ditujukan kepada semua warga KBS yang cakna dan komited dalam menyemai budaya celik keselamatan perlindungan dalam urusan kerja seharian.
