Lawatan Kerja YB Menteri ke Daerah Larut Matang, Perak
- ukk
31 Mei 2024, Taiping, Perak - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh mengadakan lawatan kerja ke Daerah Larut Matang, Perak.
Antaranya, beliau berkunjung ke Kompleks Rakan Muda Larut Matang yang terletak di Kamunting bagi meninjau pelaksanaan program Fit Komuniti @ Larut Matang.
Program ini merupakan inisiatif KBS menerusi JBSN dengan hasrat membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.
YB Menteri juga turut mengadakan perjumpaan dan beramah mesra dengan kanak-kanak daripada Kelab Anak Rimau.
Turut hadir, Ahli Parlimen Taiping merangkap Timbalan Menteri Pendidikan, YB Wong Kah Woh dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs.Tuan Haji Abdullah bin Hasan.
