Kejohanan Boling Padang Dunia 2024 Afrika Selatan
- ukk
3 Jun 2024, KLIA, Sepang - Tahniah dan syabas buat skuad boling padang para negara yang telah membawa pulang dua pingat emas dan satu gangsa di Kejohanan Boling Padang Dunia 2024 Afrika Selatan.
Kepulangan skuad negara ini ke tanah air telah disambut oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan.
Skuad boling padang para negara berjaya memperoleh dua pingat emas menerusi kategori perseorangan lelaki B2 dan perseorangan wanita B2. Manakala pingat gangsa pula diraih menerusi perseorangan bercampuran B1.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
