Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK)
- Aniza
11 Jun 2024, Bukit Jalil - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) bertempat di MSN, Bukit Jalil.
Perjanjian yang ditandatangani antara MSN dan PSK ini merupakan inisiatif KBS dalam memperkukuhkan tatakelola pengurusan PSK melalui pelaksanaan program Podium dan Pelapis Kebangsaan.
Kaedah empowerment ini akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2024 dimana peruntukan kewangan akan disalurkan berdasarkan pelan latihan yang telah dipersetujui. Sebanyak 19 PSK yang telah hadir pada sesi perjanjian tersebut.
#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
