Mini EsportsCon
- Aniza
4 Julai 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh dan YB Adam Adli, Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir meluangkan masa ke Mini EsportsCon di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
Acara anjuran Esports Integrated (ESI) ini bagi meraikan industri esukan yang dinamik dan pesat berkembang di Malaysia, di samping menyediakan ruang libat urus antara pemain industri sukan elektronik dan warga Parlimen khususnya Ahli-Ahli Dewan Rakyat sebagai penggubal undang-undang negara.
Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah sesi pengenalan kepada sukan elektronik dan sesi demonstrasi permainan yang menawarkan pengalaman secara terus dengan pelbagai judul permainan.
Acara ini juga menampilkan pembentangan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG).
