Kunjung Hormat Akademi Hoki AHF-Raja Ashman Shah
- Aniza
4 Julai 2024, Putrajaya - Bertempat di Menara KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu Ketua Setiausaha KBS telah menerima kunjung hormat Akademi Hoki AHF-Raja Ashman Shah yang diketuai oleh YBhg. Dato' Haji Abd. Rahim bin Md. Ariff selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.
Sesi kunjungan ini telah membincangkan peranan Akademi Hoki AHF-Raja Ashman Shah dalam pembangunan bakat-bakat baharu sukan hoki serta penganjuran kursus-kursus peningkatan kemahiran dalam bidang teknikal dan kejurulatihan hoki.
Perbincangan antara KBS dan Akademi Hoki AHF-Raja Ashman Shah ini diharap dapat memperkukuhkkan kerjasama strategik kedua-dua pihak bagi memastikan program di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan dengan jayanya.
KBS sentiasa mengalu-alukan penglibatan Akademi Hoki AHF-Raja Ashman Shah dan menyahut baik usaha-usaha yang dilaksanakan oleh pihak akademi dalam pembangunan dan pemerkasaan sukan hoki.
