Berita KBS

Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Trek Balapan dan Astaka di Stadium Tuanku Syed Putra, Arau, Perlis

Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Trek Balapan dan Astaka di Stadium Tuanku Syed Putra, Arau, Perlis

6 Julai 2024, Arau, Perlis - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah hadir di Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Trek Balapan dan Astaka di Stadium Tuanku Syed Putra, Arau, Perlis.

Projek naik taraf Stadium Tuanku Syed Putra melibatkan kerja-kerja baik pulih bilik serbaguna, penggantian bumbung baru, penggantian tempat duduk astaka, pembaikan balapan dan naik taraf sistem audio.
 
Dengan adanya fasiliti baharu ini diharapkan Negeri Perlis akan meneruskan usaha merakyatkan dan membudayakan sukan serta mempunyai fasiliti untuk menganjurkan aktiviti sukan di peringkat Negeri dan Kebangsaan.
 
Turut diharapkan stadium ini mampu melahirkan bakat baru serta meningkatkan prestasi atlet untuk diketengahkan sebagai wakil Negeri dan Kebangsaan.
 
Hadir bersama adalah YB Tuan Wan Zikri Afthar bin Ishak, Exco Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan dan YBrs. Dr. Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 22-04-2026, 11:02:07
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.