Berita KBS

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Robotik (Youth Robot Challenge 2024 - Y-RoboC’24) & Anugerah Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities 2024 - iDEA’24)

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Robotik (Youth Robot Challenge 2024 - Y-RoboC’24) & Anugerah Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities 2024 - iDEA’24)

7 Julai 2024, Pulau Pinang -  YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Robotik (Youth Robot Challenge 2024 - Y-RoboC’24) & Anugerah Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi (Innovation Development Through Educational Activities 2024 - iDEA’24) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bukit Mertajam.

Program Y-Roboc dan iDEA merupakan platform yang bertujuan memangkin pemikiran kreatif dan inovatif golongan belia melalui penghasilan reka cipta robot dan produk sekaligus mendidik kemahiran menyelesaikan masalah dengan cara yang lebih berkesan.
 
Pada tahun ini, Program Y-Roboc telah menerima penyertaan berjumlah 183 pasukan robotik melibatkan 743 peserta manakala iDEA menerima 536 projek inovasi, melebihi sasaran awal penyertaan.
 
Seiring hasrat Kerajaan menjadikan TVET Pilihan Utama Kerjaya, KBS terus komited menambah baik dan menawarkan platform dan kursus- kursus berkualiti.
 
Hasrat ini seiring perubahan teknologi terkini untuk memastikan golongan belia lebih berdaya saing, relevan dan menepati keperluan industri.
 
Usaha ini sejajar dengan Dasar TVET Negara 2030, Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Model Pembangunan Belia Madani2030 (MPBM2030).
 
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.