BERITA KBS
Majlis Penyerahan Dana Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT)
30 Julai 2024, Putrajaya - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Dana Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (SRM IPT) bertempat di Menara KBS, Putrajaya.
KBS telah menerima 39 permohonan daripada 28 SRM IPT yang mana sebanyak 16 permohonan telah dipertimbang dan diberikan kelulusan melibatkan jumlah RM280 ribu bagi fasa pertama.
Bantuan kewangan ini diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
KBS juga mengalu-alukan lebih banyak IPT awam dan swasta untuk mendaftarkan SRM di bawah institusi masing-masing supaya dapat
mempergiatkan lagi aktiviti Rakan Muda dalam kalangan belia di IPT.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
