BERITA KBS
Kunjungan Hormat Kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)
5 Ogos 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan kerjasama dalam membangunkan industri sukan.
Ahli mesyuarat bersetuju bahawa industri sukan mempunyai potensi untuk berkembang dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara, serta sebagai sumber pendapatan kepada atlet, bekas atlet dan golongan usahawan terutamanya belia.
Terdapat beberapa program dan inisiatif termasuk skim pembiayaan di bawah KUSKOP yang boleh diteroka bagi memanfaatkan pembangunan industri sukan dan belia. .
Sesi ini turut dihadiri oleh wakil kementerian, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta agensi seperti TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan SME Bank.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
