Berita KBS

 Mesyuarat Bersama Ketua Pegawai Eksekutif, National Youth Council (NYC) Singapura

 Mesyuarat Bersama Ketua Pegawai Eksekutif, National Youth Council (NYC) Singapura

5 Ogos 2024, Putrajaya - Mesyuarat bersama Encik David Chua, Ketua Pegawai Eksekutif, National Youth Council (NYC) Singapura telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KBS. 

Antara perkara yang telah dibincangkan ialah kolaborasi dalam bidang e-sports, Technical and Vocational Education Training (TVET) dan program-program yang menjadi fokus Kementerian serta peluang berkolaborasi dengan pihak NYC Singapura dalam bidang belia dan sukan.  

Mesyuarat ini secara langsung telah meningkatkan hubungan baik Malaysia dan Singapura. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dr. Norhasmat bin Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa dan Puan Hasliza binti Ahmaddari, Pengarah NYC Singapura  serta beberapa pegawai KBS.

#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.