Berita KBS

Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Belia

Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Belia

22 Ogos 2024, Putrajaya - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke sesi Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Belia di Menara KBS.

Selaras dengan gagasan Ekonomi Madani: Memperkasa Rakyat, sesi dialog berkaitan Belanjawan 2025 bersama hampir 300 orang belia ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian untuk mendapatkan input daripada kalangan belia.

Bagi tahun 2025 KBS menumpukan kepada lima sasaran iaitu:
* Penyerlahan & Pengukuhan Potensi Belia melalui Rakan Muda
* Kesejahteraan Hidup
* Melahirkan Belia sebagai Tenaga Kerja Masa Hadapan
* Pembangunan Pertubuhan, Penglibatan & Suara Belia
* Penyelidikan, Data & Advokasi.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.