Sesi Peka Tenaga Malaysia Energy Literacy Program (MELP) Bersama Penggiat Industri Sukan
- Aniza
29 Ogos 2024, Bukit Jalil - Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh hadir menyempurnakan Sesi Peka Tenaga Malaysia Energy Literacy Program (MELP) Bersama Penggiat Industri Sukan di Bukit Jalil, hari ini.
Majlis yang turut dihadiri YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menyaksikan kerjasama KBS dan PETRA serta Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai usaha menerapkan budaya peka tenaga dalam kalangan hampir 150 orang penggiat industri sukan yang hadir pada majlis tersebut.
Melalui kerjasama ini para pengendali pusat-pusat dan kemudahan sukan boleh menyumbang kepada agenda nasional dalam menghadapi cabaran perubahan iklim melalui pengurusan bijak dan cekap tenaga di premis masing-masing.
Di samping itu, KBS juga telah memutuskan untuk mendapatkan khidmat anak Syarikat TNB, TNB energy Services (TNBES) bagi
melaksanakan projek rintis penjimatan kos elektrik di fasiliti-failiti sukan KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
