Kunjungan Hormat TYT Walid Abu Ali, Duta Palestin di Malaysia
- Aniza
29 Ogos 2024, Putrajaya - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Walid Abu Ali, Duta Palestin di Malaysia di Menara KBS.
Pada pertemuan ini, Palestin mengucapkan penghargaan kepada Malaysia sebagai tuan rumah bagi perlawanan bola sepak pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia antara Palestin dan Jordan.
Malaysia bersedia untuk terus menjadi tuan rumah kepada pasukan Palestin dan menyokong mereka melalui latihan bersama dalam sukan bola sepak serta sukan-sukan lain. Ini adalah satu usaha untuk memastikan semangat dan identiti Palestin terus dipelihara dan dihargai.
Selain itu, YB Timbalan Menteri dan TYT Duta Palestin turut membincangkan peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Palestin dalam bidang pembangunan belia dan sukan.
Pertemuan pada hari ini dilihat akan meningkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua- dua negara.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
