Sambutan Hari Kebangsaan 2024
- Aniza
31 Ogos 2024, Putrajaya - Seramai hampir 400 orang dan 14 buah Moto Mini GP memeriahkan acara perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Kontinjen Sukan Negara yang diketuai oleh En. Richard Barahim, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan KBS terdiri daripada warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS), atlet negara, Olimpian, sukarelawan Satria, Belia Rakan Muda dan pelajar IKBN ini mencerminkan perpaduan, kekuatan, serta komitmen tinggi kontinjen.
Turut serta 14 pelumba muda berumur 8-16 tahun dari FIM MiniGP Malaysia Series.
Kontinjen KBS turut dimeriahkan dengan kenderaan #KitaSemuaTeamMAS yang membawa seramai 30 orang olimpian, atlet dan atlet para negara.
Bertemakan “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” lebih 100,000 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan sambutan yang penuh gilang gemilang ini sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat.
Sambutan juga turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Selamat Hari Kebangsaan 2024.
