Berita KBS

Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Sabah 2024 -Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Sabah 2024 -Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

7 September 2024, Sabah - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir ke Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Negeri Sabah 2024 di Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah.

Pengisian utama bagi program ini adalah sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia yang mana maklum balas yang diterima akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].

Antara pengisian aktiviti di bawah Kembara JOM adalah taklimat oleh ROY, aktiviti Rakan Muda oleh JBSN dan pameran reruai oleh jabatan/ agensi kerajaan serta banyak lagi.

Program turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Datuk Mansur Asun dan TKP (Pembangunan Belia) JBSN, Dr. Zainah Shariff.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.