Lawatan Projek Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan
- ukk
8 September 2024, Labuan - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg Ts Dr Nagulendran Kangayatkarasu, telah mengadakan lawatan projek naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.
Projek ini antara lain merangkumi naik taraf bangunan dewan serbaguna, stadium, trek dan balapan, menara tangki air serta pagar perimeter. Projek yang dijangka siap pada awal tahun 2025 ini akan memberi manfaat kepada pembangunan belia dan sukan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Ini selari dengan hasrat Kerajaan untuk merakyatkan dan membudayakan sukan serta memperkasakan aktiviti belia di seluruh negara.
Turut hadir Ir. Mohd. Faizul bin Mohd. Ali Hanapiah, Pengarah Jabatan Kerja Raya WP Labuan, Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan KBS, Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
