Perhimpunan Bulanan KBS - September 2024
- ukk
11 September 2024, Putrajaya - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir menyampaikan amanat di Perhimpunan Bulanan KBS bagi bulan September 2024.
Dalam amanatnya YBhg. Ts. Dr. KSU mengingatkan agar warga kerja KBS sentiasa berusaha meningkatkan kualiti kerja serta memastikan tatakelola dan integriti dalam perkhidmatan awam mesti sentiasa berada pada tahap yang paling tinggi.
YBhg. Ts. Dr. KSU juga turut mengajak semua warga KBS untuk menghayati sedalam-dalamnya nilai M.A.L.A.Y.S.I.A. yang digagaskan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Majlis turut diserikan dengan penyampaian hadia Pertandingan Kecerian KBS sempena Bulan Kebangsaan 2024. Tahniah dan syabas kepada para pemenang.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
