Kunjungan Daripada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf)
- ukk
18 September 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu menerima kunjungan daripada Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) yang diketuai oleh YBrs. Dr Ong Shin Ruenn.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan pelan tahunan MSDeaf termasuk perancangan ke Deaflympics pada tahun 2025. KBS komited untuk membantu pembangunan sukan secara inklusif termasuk golongan kurang upaya, selari dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan sukan.
Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan, Puan Usha a/p Thamotharan Ketua Penolong Pengarah Belanjawan Negara, dan En. Mohd Sofian bin Hamzah, Majlis Sukan Negara.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
