Berita KBS

Kunjungan Hormat Daripada Pasukan E-Sukan Selangor Red Giants

Kunjungan Hormat Daripada Pasukan E-Sukan Selangor Red Giants

20 September 2024, Putrajaya - YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada pasukan E-Sukan Selangor Red Giants di Putrajaya.

Dalam pertemuan tersebut YAB Perdana Menteri menzahirkan ucapan tahniah atas usaha gigih pasukan tersebut berjaya mencipta kejayaan yang menjadi kebanggaan negara.

Pasukan Selangor Red Giants telah mencipta sejarah menjuarai Kejohanan Mid-Season Cup Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) 2024 di Esports World Cup yang berlangsung di Riyadh pada Julai lalu.

Hadir sama YB Hannah Yeoh dan YB Adam Adli, Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Syabas dan tahniah buat Selangor Red Giants.

Belia Malaysia, Yakin Boleh.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.