Berita KBS

Program Fit Malaysia #KomunitiOrangAsli Negeri Kelantan 2024

Program Fit Malaysia #KomunitiOrangAsli Negeri Kelantan 2024

21 September 2024, Kelantan - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menghadiri program Fit Malaysia #KomunitiOrangAsli Negeri Kelantan 2024 bertempat di Kampung Orang Asli Tendrik Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan hari ini.

Program yang dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan secara kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia ini melibatkan Senamrobik, Fun Run, Aktiviti Khidmat Komuniti, Sukan Komuniti (sepak takraw, bola tampar, menyumpit) dan kelas menunggang motosikal. Selain itu, Institut Kemahiran Belia Negara, Tanah Merah telah membuka reruai untuk mengajar teknik menjahit dan mempromosikan kursus pendek yang ditawarkan.

Adalah diharapkan agar program ini telah memberi manfaat dan maklumat tentang program KBS kepada komuniti orang asli di Pos Bihai selari dengan hasrat kerajaan untuk merakyatkan sukan dan memperkasakan pembangunan belia secara inklusif. Turut diharapkan agar sukan yang dipertandingkan boleh menjadi medan untuk mencungkil bakat baharu dalam komuniti orang asli.

Sesi ini turut dihadiri oleh Puan Laila Nazura bt Nawi, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Tanah Merah, Encik Mohd Mua'zam Shah bin Abdul Mutalib, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan, serta wakil daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.