Bengkel Pemurniaan Garis Panduan Dana Sukan
- ukk
23 September 2024, Desaru, Johor - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Bengkel Pemurniaan Garis Panduan Dana Sukan pada 22-24 September 2024 bertempat di Desaru, Johor.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memurnikan dan menambah baik garis panduan dana sukan yang ditawarkan oleh KBS berdasarkan pengalaman pada tahun 2023.
Dana sukan yang ditawarkan oleh KBS adalah penting bukan sahaja untuk pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan acara sukan antarabangsa tetapi juga dapat memacu sektor industri sukan.
Diharapkan agar semua pemegang taruh berkaitan seperti badan sukan, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan entiti swasta/ korporat akan mendapat manfaat dan seterusnya memainkan peranan dalam merakyatkan sukan secara inklusif.
Bengkel ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha dan turut dihadiri oleh En. Othman bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Kewangan, En. Suhardi bin Alias Pesuruhjaya Sukan, Puan Usha Thamotharan, Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia serta pegawai daripada Pejabat Timbalan Menteri KBS, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan Unit Komunikasi Korporat.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
