
Peringkat Pertama PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024
- ukk
29 September 2024, Kedah - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir di Peringkat Pertama PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 yang berlansung di Langkawi Kedah.
Pelepasan peringkat pertama yang disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah tersebut melibatkan jarak 96.5km.
Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan Team) menjuarai peringkat pertama dan menyarung Jersi Hijau PETERONAS (jersi pendahulu) serta Jeris Oren KBS (Raja Pecut).
Manakala Muhammad Nur Aiman Rosli (Terengganu Cycling Team (TSG)) menyarung Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia dan Tyler Tomkinson (Ara Skip Capita) menyarung Jersi Polkadot (Raja Bukit).
Perlumbaan peringkat kedua esok akan berlangsung dari Arau ke Butterworth yang merangkumi jarak 154.5 km.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS