
Kunjungan Hormat Ketua Pegawai Eksekutif, Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PjH)
- ukk
30 September 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu menerima kunjungan daripada YBhg. Dato' Ir. Izwan Hasli Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. (PjH).
Wakil PjH telah membentangkan perancangan pembangunan Putrajaya jangka pendek dan jangka panjang. Susulan itu, ahli mesyuarat telah membincangkan potensi kerjasama strategik termasuk penyediaan fasiliti untuk memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Putrajaya.
Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, YBrs. Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) Jabatan Belia dan Sukan , Encik Jeffery bin Yon, Setiausaha Bahagian Dasar dan Strategik, dan Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Bahagian Pembangunan KBS.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS