
Lawatan Pemantauan Fasiliti Sukan KL Sports City - Pusat Skuasy Nasional dan Pusat Akuatik Nasional
- ukk
3 Oktober 2024, Kuala Lumpur - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan lawatan pemantauan ke dua projek naik taraf fasiliti sukan di KL Sports City - Pusat Skuasy Nasional dan Pusat Akuatik Nasional.
Untuk Pusat Skuasy Nasional, naik taraf merangkumi pemasangan siling dan kerja pembaikan tandas. Manakala bagi projek Pusat Akuatik Nasional, naik taraf merangkumi kerja-kerja waterproofing, elektrik dan skylight roof.
Projek naik taraf, setelah disiapkan pada pertengahan tahun 2025 ini dijangka memberi manfaat kepada atlet, golongan belia, orang awam dan persatuan sukan.
Turut hadir Encik Amir Hamzah Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan KBS, pegawai-pegawai daripada Perbadanan Stadium Malaysia dan Jabatan Kerja Raya (JKR).
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS