Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia Bil. 133/(2/2024)
- ukk
4 Oktober 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu merangkap Naib Yang Dipertua MAKSAK Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia Bil. 133/(2/2024).
Mesyuarat, yang telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar merangkap Yang DiPertua MAKSAK, Mesyuarat kali ini telah meluluskan laporan pelaksanaan program tempoh Januari-September 2024. Susulan itu, ahli-ahli jawatankuasa telah membincangkan beberapa isu dasar dan perancangan program untuk tahun 2025.
Program-program yang dirangka oleh MAKSAK pada tahun 2025 diharapkan dapat terus memacu pembudayaan sukan dalam kalangan penjawat awam selari dengan Visi Sukan Negara 2030. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus menyokong pelaksanaan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh MAKSAK.
Turut hadir ke mesyuarat adalah YBhg. Tan Sri Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Timbalan Yang Di-Pertua MAKSAK.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMas
