Peringkat Kelapan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024
- ukk
6 Oktober 2024, Bintulu, Sarawak - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Peringkat Kelapan PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 yang berlangsung di Bintulu, Sarawak.
Perlumbaan peringkat akhir ini membabitkan jarak kayuhan sejauh 147.5km.
Pelumba berbasikal, Max Poole dari pasukan Team DSM Firmenich PostNL muncul juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) bagi edisi 2024.
Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
Perlumbaan LTdL 2024 meliputi perlumbaan sejauh 1,190 km bermula di Langkawi dan berakhir di Bintulu.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS
