Projek Kg. Angkat MADANI KBS 2024
- ukk
8 Oktober 2024, Long Latei, Sarawak - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS hadir ke Projek Kg. Angkat MADANI KBS 2024 di Kg. Long Latei, Apoh, Telang Usan, Sarawak.
KBS melalui Projek Kampung Angkat MADANI telah mengambil langkah proaktif untuk memperkasakan komuniti desa.
Dua buah kampung angkat, iaitu Kampung Long Latei dan Kampung Long Suling yang terletak di daerah Telang Usan, Ulu Baram, telah dipilih untuk projek ini.
Projek ini melibatkan pelbagai usaha termasuk menaik taraf infrastruktur sukan, air dan lampu di kampung serta program-program pembangunan belia. Program-program ini selari dengan hasrat KBS dan Kerajaan MADANI untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan merakyatkan pembangunan belia.
Pendekatan pembangunan sosioekonomi adalah berasaskan pendekatan whole of society di mana penglibatan warga kampung dan pemegang taruh lain seperti pihak universiti dan NGO telah turut serta bersama KBS.
Projek Kampung Angkat MADANI ini dijangka akan memberi impak positif yang berpanjangan kepada penduduk kampung dengan menyediakan kemudahan yang lebih baik serta peluang ekonomi yang lebih luas, selari dengan matamat Kerajaan MADANI untuk kesejahteraan semua.
Turut hadir YB Dato Dennis Ngau, ADUN Telang Usan dan pegawai-pegawai kanan KBS. KBS turut berterima kasih kepada rakan kongsi kami iaitu MyHumanitarian dan Universiti Putra Malaysia, Kampus Bintulu yang turut bersama-sama menjayakan projek ini.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI
