Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024
- ukk
12 Oktober 2024, Kelantan - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli hadir merasmikan Majlis Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024 bertempat di Aeon Mall Kota Bharu.
Bertemakan #CergasBersama Hari Sukan Negara (HSN) merupakan sambutan nasional yang diadakan secara tahunan pada setiap Sabtu minggu kedua bulan Oktober dengan hasrat membudayakan dan merakyatkan sukan.
Bagi peringkat negeri Kelantan, pelbagai aktiviti dan acara sukan dan rekreasi telah berlangsung antaranya Larian Ria MADANI, Berjalan untuk Negara, Kejohanan Bot Laju (Sukan Air), sukan tempur, senamrobik, sukan
bermotor, pameran jabatan/ agensi kerajaan dan swasta/ NGO serta banyak lagi.
Ayuh Malaysia! Kita amalkan gaya hidup aktif dan cergas seterusnya menyokong hasrat menjadikan Malaysia sebuah “negara bersukan”.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI #CergasBersama
