Berita KBS

KBS OPEN DAY 2023

KBS OPEN DAY 2023

YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir ke KBS Open Day yang berlangsung di Dewan Podium KBS, hari ini.

KBS Open Day diadakan untuk orang ramai hadir dan mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KBS secara lebih dekat dan cepat.

Sebanyak 14 kaunter perkhidmatan telah dibuka, ia termasuk kaunter perkhidmatan jabatan dan agensi di bawah KBS serta beberapa agensi kementerian lain yang terlibat dalam kelulusan penganjuran acara sukan.

Penganjuran KBS Open Day ini adalah untuk menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengurangkan birokrasi dan bekerjasama dengan pemegang taruh untuk mewujudkan ekosistem yang efisien.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS #DemiMalaysia #MalaysiaMADANI
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 20:54:58
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.