Mesyuarat Pegawai Kanan Sukan ASEAN ke-15 (SOMS XV)
- ukk
15 Oktober 2024, Vietnam - Mesyuarat Pegawai Kanan Sukan ASEAN ke-15 (SOMS XV) yang sedang berlangsung di Vinh Phuc, Vietnam diteruskan pada hari kedua dengan Program Berjalan Santai (Fun Walk) dan Mesyuarat Pegawai Kanan Sukan ASEAN dan Jepun kali ke 7.
Program berjalan santai (Fun Walk) pagi ini melalui sekitar kawasan penginapan dan melibatkan penyertaan semua delegasi negara ASEAN.
Program diteruskan dengan sesi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN dan Jepun. YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hadir mengetuai delegasi Malaysia.
Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN dan Jepun bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama ASEAN dan Jepun dalam bidang sukan serta menyelaras inisiatif strategik bagi memperkasa pembangunan sukan antara ASEAN dan Jepun.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #KitaSemuaTeamMAS #SOMS15 #SukanASEAN #ASEANUnity
