Berita KBS

Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-19 - Sidang Pertama 2024

Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-19 - Sidang Pertama 2024

19 Oktober 2024, Bangi, Selangor - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah merasmikan Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-19 sekaligus menyampaikan sijil kepada 4,320 graduan muda lepasan ILKBS sebagai pengiktirafan di peringkat Diploma Lanjutan, Diploma, Sijil Lanjutan dan Sijil.

Bertemakan “Graduan ILKBS: Menepati Keperluan Industri”, YB Menteri telah berkongsi  keunikan latihan di ILKBS yang menggabungkan 80 peratus latihan kemahiran dan 20 peratus program pembangunan jati diri.

Menuju tahun 2030, seiring hasrat Kerajaan untuk meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada 35% dalam sektor ekonomi negara, KBS terus komited menambah baik dan menawarkan kursus-kursus berkualiti seiring perubahan teknologi terkini untuk memastikan golongan belia lebih berdaya saing, relevan dan menepati keperluan industri.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #MalaysiaMADANI  #KitaSemuaTeamMAS

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 16-06-2025, 10:51:27

Jumlah Pengunjung Laman :

Search