Berita KBS

BENGKEL MODUL PROGRAM PENDIDIKAN DEMOKRASI

BENGKEL MODUL PROGRAM PENDIDIKAN DEMOKRASI

Putrajaya, 16 Februari 2023 - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir merasmikan Bengkel Modul Program Pendidikan Demokrasi.

Bengkel ini dilaksanakan dengan bertujuan untuk mendapatkan pandangan ahli bengkel mengenai kandungan Program Pendidikan Demokrasi. Selain itu bengkel ini juga ingin mendapatkan cadangan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam Program Pendidikan Demokrasi.

Diharapkan bengkel ini dapat memberikan hasil  yang baik sebagai usaha untuk membangunkan modul Program Pendidikan Demokrasi yang mantap bagi berhadapan dengan cabaran belia seperti yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia iaitu literasi politik dan kematangan politik.
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 21-04-2026, 15:52:08
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.