Berita KBS

Kunjungan Hormat Perpisahan Duta Jepun ke Malaysia

Kunjungan Hormat Perpisahan Duta Jepun ke Malaysia

21 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan telah menerima kunjungan hormat perpisahan daripada TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Jepun ke Malaysia di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

YB Menteri menzahirkan penghargaan kepada TYT Takahashi mewakili negara Jepun atas kerjasama sedia ada Malaysia dan Jepun dalam bidang belia dan sukan. YB Menteri turut mengucapkan selamat maju jaya kepada TYT Takahashi yang akan menggalas tugas baharu di Tokyo.
 
Turut hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS serta pegawai-pegawai kanan KBS.
 
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 02-05-2026, 11:22:56
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.