Berita KBS

Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2024

Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2024

22 Oktober 2024, Subang , Selangor - Majlis penutup Seminar Wanita Dalam Sukan Kebangsaan 2024 telah disempurnakan oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Dorsett Grand Subang, Selangor.

Seminar ini merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan peranan wanita dalam sukan di Malaysia, dengan menekankan kepentingan kesaksamaan gender, penyertaan yang lebih luas, dan memperkasakan atlet wanita serta penggiat sukan di negara ini. 

Selain itu, ia bertujuan memacu perubahan positif dalam landskap sukan negara, memastikan wanita diberikan platform yang lebih adil dan inklusif dalam semua aspek sukan.

Turut hadir sama, YBrs. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS dan YBrs. Encik Abdul Rashid Yaakub, Ketua Pengarah MSN ke seminar tersebut.


#TeamKBS  #MalaysiaMADANI#KitaSemuaTeamMAS #WanitaDalamSukan

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 18-06-2025, 14:45:58

Jumlah Pengunjung Laman :

Search