Berita KBS

Seminar Penyelidikan Sains Sosial Anti-Doping 2024

Seminar Penyelidikan Sains Sosial Anti-Doping 2024

23 Oktober 2024, Pulau Pinang - Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Seminar Penyelidikan Sains Sosial Anti-Doping 2024 pada 22 – 23 Oktober 2024 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 

Program yang julung kali diadakan ini dihadiri 100 orang wakil organisasi anti-doping, ahli akademik dan para penyelidik sains sosial dari rantau ASEAN dan Asia/Oceania.

Penyertaan dalam seminar ini memberi peluang kepada komuniti anti-doping dari pelbagai negara untuk bertukar pandangan dan pengetahuan bersama pengamal anti-doping antarabangsa, terutamanya dalam bidang kajian sains sosial anti-doping.

Seminar dua hari ini turut diserikan dengan Majlis Makan Malam Seminar Penyelidikan Sains Sosial Anti-Doping 2024 yang disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN yang mewakili bagi pihak Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000



Kemaskini Terakhir: 09-03-2026, 16:02:46
Jumlah Pengunjung Laman :
Statistik pelawat laman tidak dapat dipaparkan kerana JavaScript dilumpuhkan. Sila layari laman StatCounter.