
Kunjungan Hormat ke atas Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan (KPM)
- ukk
23 Oktober 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan (KPM).
Sesi kunjungan hormat ini antara lain telah membincangkan berkenaan kerjasama antara kedua-dua kementerian dalam aspek pembangunan belia dan sukan yang lebih menyeluruh melibatkan kumpulan sasar di bawah seliaan Kementerian Pendidikan serta komuniti setempat.
Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Jeffery bin Yon, Setiausaha Bahagian Dasar dan Strategik, Encik Dharzuky bin Daud@Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan pegawai-pegawai KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI