KUNJUNGAN HORMAT YB MENTERI BELIA DAN SUKAN KE ATAS YAB KETUA MENTERI SABAH
- ukk
Sabah, 6 Februari 2023- YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Antara intipati dalam kunjungan hormat ini antaranya mengenai Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah.
Pertemuan ini turut membincangkan pembangunan sukan di Sabah memandangkan negeri ini mempunyai banyak potensi dalam membangunkan sukan di Malaysia.
Turut hadir mengiringi YB Menteri Belia dan Sukan dalam lawatan ini, Encik Apui Jan Ngau , Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
