Berita KBS

Majlis Malam Selamat Belayar Kontinjen Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-48/2024

Majlis Malam Selamat Belayar Kontinjen Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-48/2024

2 November 2024, Cheras - YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan merasmikan Majlis Malam Selamat Belayar Kontinjen Malaysia ke Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun Ke-48/2024.

Majlis ini bertujuan  meraikan 16 perwira belia yang akan memulakan pelayaran selama 38 hari di atas Kapal Nippon Maru.

Program pertukaran belia antarabangsa ini dilaksanakan khusus untuk para belia di Negara-negara ASEAN dan Jepun.

Program yang telah bermula sejak tahun 1974 memberi peluang kepada generasi muda berumur di antara 18 tahun hingga 30 tahun mempelajari adat budaya, kehidupan sosial dan pembangunan ekonomi di negara-negara terlibat.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 21-05-2025, 09:58:06

Jumlah Pengunjung Laman :

Search