Berita KBS

 PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2024

 PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2024

3 November 2024, Sepang - PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2024 diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri.

Beliau yang diiringi oleh YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dibawa meninjau ke petak permulaan sebelum perlumbaan berlangsung pukul 3.00 petang.

YAB Perdana Menteri juga meluangkan masa beramah mesra bersama pengamal media tempatan dan antarabangsa yang membuat liputan perlumbaan berprestij ini di pusat media SIC.

YAB Perdana Menteri turut diberi penghormatan menyampaikan trofi kepada Francesco Bagnaia yang memenangi perlumbaan MotoGP.

Tahun ini juga KBS masih mengekekalkan inisiatif tiket RAHMAH berharga RM49.90 -usaha untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang menonton aksi sukan permotoran ini.

Hadir sama YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.

#TeamKBS  #KitaSemuaTeamMAS  #MalaysiaMADANI

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 Putrajaya Malaysia
Tel : 03-8871 3000

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman
Pilihan Bahasa : Bahasa Malaysia | Bahasa English

Kemaskini Terakhir: 20-05-2025, 10:58:46

Jumlah Pengunjung Laman :

Search