
Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 2/2024 & Majlis Pelancaran Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030
- ukk
5 November 2024, Kuala Lumpur - YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan hadir di Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 2/2024.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri membincangkan beberapa perkara antaranya Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia (MyMHI’23), pembangunan program Rakan Muda, program Advokasi Keselamatan Siber CyberSAFE & Pelan Transisi Belia 2024-2025.
Selesai mesyuarat, YAB Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030.
Pelan ini bertujuan memperkukuh kesejahteraan dan kualiti hidup belia melalui perluasan peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran, pendigitalan, kelestarian, serta literasi kewangan dan pengurusan kredit.
Tiga (3) matlamat utama, 10 strategi, dan 24 inisiatif yang melibatkan 13 kementerian sebagai peneraju, bersama kerjasama 76 rakan kolaborasi, dijangka akan memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia.
Dengan penyelarasan melalui Mesyuarat JKPB ini, kerajaan komited untuk menangani isu-isu belia, selaras dengan Dasar Belia Malaysia (DBM) dan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030).
Hadir sama YB Adam Adli, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS.
#TeamKBS #KitaSemuaTeamMAS #MalaysiaMADANI